Saturday, January 10, 2009

Makluman

Program Jom Kayuh merupakan aktiviti kayuhan basikal yang dianjurkan oleh Kelab Kancil Taiping (T2k). Sebarang maklumat tentang kayuhan dan penyertaan sila berhubung terus dengan pihak penganjur.

Kelab Warisan MTB Taiping tidak terlibat dalam penganjuran kayuhan ini dan kami mohon maaf sekiranya terdapat kekeliruan yang timbul.

Sekian terima kasih.

salam ingatan buat semua riders KWT08




salam, . Pihak urusetia amat berbesar hati dan ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian dan kepercayaan semua riders yang sudi datang dan menjayakan KWT08.

Tahniah kepada semua yang berjaya menamatkan kayuhan dan kepada yang belum berjaya kita cuba lagi pada jamboree2 yang akan datang dan yang terdekat- (Kayuhan Mesra jitra 09).

Terima kasih banyak2 untuk semua pihak yang turut menjayakan KWT08, En Salleh (Ahli Majlis MPT Taiping), En. Halim (President TORC), En Azmee BBB yang sentiasa sabar berbincang, memberi pandangan dan teguran untuk kami, penaja2 dan krew terlibat. Kami juga amat menghargai segala komen2 yang diterima samada secara lisan atau dalam blog taiping mtb ini.

Semoga jamboree2 yang akan dianjurkan selepas ini lebih baik dan mengembirakan semua riders dan semoga semangat kerjasama, kepercayaan dan setiakawan antara semua riders akan memeriahkan lagi sukan MTB yang akan datang.

Salam hormat dan selamat tahun baru 2009 dari kami di Taiping.