Showing posts with label persiapan akhir KWT08. Show all posts
Showing posts with label persiapan akhir KWT08. Show all posts

Tuesday, December 23, 2008

Makluman Kepada Semua Peserta KWT08


Salam,


tinggal beberapa hari sahaja lagi utk persiapan akhir KWT08.

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang setiasa berusaha untuk memastikan KWT08 yang julung kali diadakan di Taiping ini berjalan lancar.


Pihak penganjur juga ingin merakamkan ribuaan kemaafan sekiranya terdapat beberapa masalah semasa kami menguruskan jamboree kali ini.


Harapan kami semoga kedatangan semua peserta nanti akan memeriahkan lagi suasana di Taiping Bandar Warisan dan satu penghargaan buat Kelab Kembara 4x4 Malaysia (TORC) dan Jawatan kuasa Penaja Kelab Warisan MTB Taiping.


Makluman kepada semua peserta;


Memandangkan jarak yang agak jauh (kira-kira 60 km+, selepas ubahsuai).


Setiap peserta diminta menyediakan kelengkapan asas untuk menyertai kayuhan yang selengkapnya seperti,

*helmet

*tiub gantian

*pam

*tool dan minyak rantai (rantai mungkin cepat kering kerana ada kawasan berair/lumpur)

*makanan jika perlu (tiada kedai makan di sepanjang laluan....hehe).

*ubatan asas kegunaan peribadi.

*dan lain-lain barangan/alatan yang difikirkan perlu.


Penganjur berharap setiap peserta datang mengikut ketetapan dalam aturcara program. Kami juga berharap semua peserta dapat menamatkan kayuhan dengan wajah yang ceria dan gembira.




Taklimat berkenaan trek dan teknikal program akan disampaikan pada pagi sebelum kayuhan. Peta laluan akan dipamerkan semasa pengambilan goodies.



Sunday, December 14, 2008

kemungkinan mendapatkan pengalaman seperti ini sentiasa ada semasa KWT08, diharapkan semua riders dapat bersedia dengan latihan yang secukupnya seperti apa yang dialami oleh riders yang test ride hari ini (Kulim, Penang, JB dan Taiping juga....).

Setakat ini antara komen yang diterima.... challanging, tak pernah jumpak lagi, dll. Yang penting semua senyum semasa makan2 di Restoran Larut.

TORC crew semasa mengiringi persiapan KWT08

Aktiviti Persiapan Akhir KWT08

Riders yang datang untuk test ride, mula berkumpul di Dataran Kedamaian.

Wakil TORC- turut menyertai riders untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan semasa KWT08. TORC merupakan penaung KWT08 dan turut terlibat semasa jamboree nanti.

Unit Scrambler yang juga turut menyertai test ride. akan bertugas sebagai jurupandu semasa KWT08


Unit Scrambler lagi. Terima kasih Bob dan rakan2.



Riders yang hadir untuk sessi ujibakat KWT08- bersedia untuk melepasi setiap cabaran yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca di Taiping. hehe...dan lihatlah hasilnya selepas ini.