Wednesday, December 31, 2008

Tuesday, December 23, 2008


Aturcara Program KWT08

Ahad (28 Disember 2008)

Lokasi: Dataran Kedamaian, Taman Tasik Taiping.

Aturcara program;

Aturcara Flag-off

6.00 am - pengambilan goodies untuk peserta yang tidak bermalam di Taiping.

7.00 am - peserta berkumpul di lokasi untuk taklimat teknikal dan kata-kata aluan oleh YB Kap.(B) Hj. Osman Bin Jailu, Exco Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Perak

7. 15 am - Flag 0ff ( Kayuhan Bermula)

2.00 pm - Jangkaan semua peserta tamat kayuhan

Aturcara Penutup

1.00 pm - 2.00 pm Hidangan tenghari (lunch) - buffet

3.00 pm - 4.00 pm Alu-aluan penganjur, cabutan bertuah (lucky draw) dan ucapan penutup pengerusi penganjur.

Aturcara Program KWT08

Laluan ke Bangunan Amanah Ikhtiar Malaysia, kedudukan bangunan berhadapan mahkamah, bersebelahan bangunan MPT dan Perpustakaan Taiping


Bangunan Majlis Perbandaran Taiping (bersebelahan)

Bilik Seminar Saidina Hassan, berhadapan dewan makan.


Bangunan Amanah Ikhtiar Malaysia

Sabtu (27 Disember 08)

Pengesahan penyertaan dan Penyerahan Goodies

Lokasi: Bilik Seminar Saidina Hassan, Bangunan Amanah Ikhtiar Malaysia, Taiping (AIM)....bersebelahan Bangunan Majlis Perbandaran Taiping (MPT).


10.00 am: Peserta sampai dan penyerahan goodies


10.00 pm: Kaunter penyerahan goodies ditutup
(akan cuba dibuka jam 6.00am pagi Ahad (28 Dis 08) utk peserta yang tidak bermalam di Taiping-Lokasi Dataran Kedamaian).





























Makluman Kepada Semua Peserta KWT08


Salam,


tinggal beberapa hari sahaja lagi utk persiapan akhir KWT08.

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang setiasa berusaha untuk memastikan KWT08 yang julung kali diadakan di Taiping ini berjalan lancar.


Pihak penganjur juga ingin merakamkan ribuaan kemaafan sekiranya terdapat beberapa masalah semasa kami menguruskan jamboree kali ini.


Harapan kami semoga kedatangan semua peserta nanti akan memeriahkan lagi suasana di Taiping Bandar Warisan dan satu penghargaan buat Kelab Kembara 4x4 Malaysia (TORC) dan Jawatan kuasa Penaja Kelab Warisan MTB Taiping.


Makluman kepada semua peserta;


Memandangkan jarak yang agak jauh (kira-kira 60 km+, selepas ubahsuai).


Setiap peserta diminta menyediakan kelengkapan asas untuk menyertai kayuhan yang selengkapnya seperti,

*helmet

*tiub gantian

*pam

*tool dan minyak rantai (rantai mungkin cepat kering kerana ada kawasan berair/lumpur)

*makanan jika perlu (tiada kedai makan di sepanjang laluan....hehe).

*ubatan asas kegunaan peribadi.

*dan lain-lain barangan/alatan yang difikirkan perlu.


Penganjur berharap setiap peserta datang mengikut ketetapan dalam aturcara program. Kami juga berharap semua peserta dapat menamatkan kayuhan dengan wajah yang ceria dan gembira.




Taklimat berkenaan trek dan teknikal program akan disampaikan pada pagi sebelum kayuhan. Peta laluan akan dipamerkan semasa pengambilan goodies.



Sunday, December 14, 2008

video

kemungkinan mendapatkan pengalaman seperti ini sentiasa ada semasa KWT08, diharapkan semua riders dapat bersedia dengan latihan yang secukupnya seperti apa yang dialami oleh riders yang test ride hari ini (Kulim, Penang, JB dan Taiping juga....).

Setakat ini antara komen yang diterima.... challanging, tak pernah jumpak lagi, dll. Yang penting semua senyum semasa makan2 di Restoran Larut.

TORC crew semasa mengiringi persiapan KWT08

video

Aktiviti Persiapan Akhir KWT08

Riders yang datang untuk test ride, mula berkumpul di Dataran Kedamaian.

Wakil TORC- turut menyertai riders untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan semasa KWT08. TORC merupakan penaung KWT08 dan turut terlibat semasa jamboree nanti.

Unit Scrambler yang juga turut menyertai test ride. akan bertugas sebagai jurupandu semasa KWT08


Unit Scrambler lagi. Terima kasih Bob dan rakan2.



Riders yang hadir untuk sessi ujibakat KWT08- bersedia untuk melepasi setiap cabaran yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca di Taiping. hehe...dan lihatlah hasilnya selepas ini.





Thursday, December 11, 2008

Wednesday, December 10, 2008

BUKIT MERAH LAKETOWN- new sponsor



Bukit Merah Laketown Resort

SPECIAL ROOM PROMOTION

KAYUHAN WARISAN TAIPING 2008


Berita baik buat semua peserta KWT08, Bukit Merah Laketown telah menyediakan kemudahan 500 bilik dengan kadar harga menarik RM70 (Room only).


Sarapan seawal jam 5.00 pagi juga di sediakan dengan harga RM5+.


Diskaun ke The Water Park bagi setiap peserta juga disediakan


Sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi En. Mustafa

05 890 8888


Senarai Nama Terkini


Latest Updated Namelist KWT08
(download 70kb)

PDF Format File (Download, Save and Print)

Tuesday, December 9, 2008

Jalinan kerjasama bersama TORC



http://www.torc4x4.com/

Berita gembira buat semua peserta Kayuhan Warisan Taiping kerana kayuhan kita kali ini akan dianjurkan dengan kerjasama dan bimbingan dari Kelab 4x4 Taiping (Taiping Off Road Club).

Terima kasih juga untuk Kelab 4x4 Taiping yang bersedia menjadi rakan pembimbing buat Jawatankuasa Penaja Kelab Warisan MTB Taiping.

Semoga aktiviti yang dilaksanakan menjadi titik-tolak yang akan mengembangkan dan mempelbagaikan lagi aktiviti sukan lasak di Taiping Bandar Warisan.

Saturday, December 6, 2008

Persekitaran tapak permulaan Kayuhan Warisan Taiping 2008

Semasa Maxwell Hill International 4x4 Challenge 2008 yang berlangsung baru-baru ini

Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping, kawasan khemah urusetia dan penganjur

peserta boleh berkhemah di sini, taman permainan untuk kanak-kanak dan kemudahan tandas 24 jam juga ada di persekitan terdekat.


contoh khemah peserta semasa event 4x4 berlangsung



semasa melalui kawasan taman tasik, bola golf ini dapat dilihat dengan jelas. jumpa di sini.




Thursday, December 4, 2008



ANNOUNCEMENT/PENGUMUMAN


SALAM HORMAT DARI PIHAK URUSETIA KAYUHAN WARISAN TAIPING.


TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA PENAJA DAN PESERTA YANG TERLIBAT DALAM KAYUHAN WARISAN TAIPING 2008.


KAMI AKAN MENUTUP PENDAFTARAN PENYERTAAN MULAI 5 DISEMBER 2008 (JUMAAT). HARAP MAKLUM.


KAMI KAN MENGEMASKINI SENARAI PESERTA SECEPAT MUNGKIN.


SEKIAN TERIMA KASIH.