Tuesday, December 23, 2008

Makluman Kepada Semua Peserta KWT08


Salam,


tinggal beberapa hari sahaja lagi utk persiapan akhir KWT08.

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang setiasa berusaha untuk memastikan KWT08 yang julung kali diadakan di Taiping ini berjalan lancar.


Pihak penganjur juga ingin merakamkan ribuaan kemaafan sekiranya terdapat beberapa masalah semasa kami menguruskan jamboree kali ini.


Harapan kami semoga kedatangan semua peserta nanti akan memeriahkan lagi suasana di Taiping Bandar Warisan dan satu penghargaan buat Kelab Kembara 4x4 Malaysia (TORC) dan Jawatan kuasa Penaja Kelab Warisan MTB Taiping.


Makluman kepada semua peserta;


Memandangkan jarak yang agak jauh (kira-kira 60 km+, selepas ubahsuai).


Setiap peserta diminta menyediakan kelengkapan asas untuk menyertai kayuhan yang selengkapnya seperti,

*helmet

*tiub gantian

*pam

*tool dan minyak rantai (rantai mungkin cepat kering kerana ada kawasan berair/lumpur)

*makanan jika perlu (tiada kedai makan di sepanjang laluan....hehe).

*ubatan asas kegunaan peribadi.

*dan lain-lain barangan/alatan yang difikirkan perlu.


Penganjur berharap setiap peserta datang mengikut ketetapan dalam aturcara program. Kami juga berharap semua peserta dapat menamatkan kayuhan dengan wajah yang ceria dan gembira.




Taklimat berkenaan trek dan teknikal program akan disampaikan pada pagi sebelum kayuhan. Peta laluan akan dipamerkan semasa pengambilan goodies.



No comments: